Saturday 23 February 2013

Maggi Kari Ketam

Assalamualaikum semua..

Hari ni berpeluang buat maggi kari ketam sebab Abah beli ketam. Bukan setakat ketam ja, semua benda yang aku nak makan dia beli. Lompat tikam,tembikai dan barang untuk umi buat spaghetti. Sweet kan abah saya? Ni sebab aku dah nak balik UiTM terchentaa jumaat ni. Sem baru dah nak start...Wuuwuwuwuwu...Okay jom sambung.
 So, jom tengok gambar maggi ketam yang aku buat guna resepi sendiri. Roll down...;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So, mengancam tak nampak? Ketam tak nampak sangat sebab ada kat bawah maggi..


Resepi? Boleh boleh boleh..Jom tengok.

Maggi Kari Ketam(1 seorang makan)
1 paket Maggi Kari(boleh ja nak guna instant noodle jenama lain)
Ketam(banyak mana korang nak)
Carrot
Kubis
Sayur Sawi
Taugeh
Bawang putih dan Merah yang dicencang halus
Cili padi( dihiris halus)
Sebiji telur
Segala jenis bebola yang anda suka( bebola ketam,bebola ayam or anything else)

1. Rebus ketam. Asingkan ketam dan air rebusan ketam selepas ketam masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.
3. Bila tumisan dah berbau wangi masukkan air rebusan ketam( masukkan air rebusan  sama banyak macam masak maggi biasa)
4. Masukkan perencah Maggi dan kacau sekata. Masukkan ketam dan bebola.
5. Bila dah mendidih, masukkan maggi, telur, sayuran(kecuali taugeh) dan juga ketam yang direbus.
6. bila mee maggi dah lembut angkatkan dan letak dalam pinggan.
7. Taburkan taugeh dan bawang goreng.
8. Siap dimakan.

*Umi, Abah dan adik-adik kata sedap, so try la..:)

Sunday 17 February 2013

Thursday 14 February 2013

Resepi Black and White Russian Cake

Assalamualaikum and helloooo..:)
 Nampak tajuk di atas kan? So,tanpa melengahkan masa jom tengok dulu gambar yang aku buat..:)

jeng jenggg..jadik tak?

Resepi dia aku ambil dekat blog-blog hasil bantuan Encik Google kita..Resepi untuk Choc Moist Cake ni aku ambil dekat blog akak ni, SINI. Akak, kalau baca ni, saya mintak halal copy paste resepi ni ek(senyum paling manis bagi kat akak).
 So, jom tengok resepi kek coklat moist ni. Resepi ni senang je.Insyaallah jadi kalau ikut betul-betul step dia.:)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dalam tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.


Okkaaay, tu untuk cake dia, frosting cheese  punya resepi pulak aku ambil dekat, SINI .
Korang boleh tengok cara step by step yang empunya blog ni buat(cepat tengok). Tuan blog airtanganku, saya mintak halal ek copy resepi akak kat blog saya kalau akak baca(senyum paling manis tuk akak jugak)..:)

Cream Cheese I 
500g cream cheese - sejuk( aku guna yang suhu bilik)
1/2 cawan mentega(tak tau banyak mana so letak dalam 50 gram ja)
2 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil vanilla extract

-  Pukul cream cheese yang masih sejuk dengan mentega hingga kembang.  Masukkan gula aising dan vanilla extract.  Pukul lagi hingga gebu.
-  Kalau tak cukup untuk layer dan frosting, boleh tambah lagi 1/2 adunan.  Untuk frosting, saya tambahkan sedikit whipping cream supaya lembut lagi


Chocolate Ganache versi diri sendiri(aku la tu)
5 sudu serbuk koko
Susu pekat(ikut suka)
 Cairkan secara double boiler. Adjust kepekatan ganache tu dengan susu pekat manis. 

Cara-cara untuk melayer kek biar jadi macam aku buat korang boleh refer link yang aku bagi kat atas tu. Sebab kat blog akak tu memang dia bagi step by step, so amat membantu bagi amatur macam aku ni. Thanks akak..:)
That's all for this entry, Adios..Assalamualaikum..:)