Tuesday 9 April 2013

Nak Hantaran Mahal tapi?????

 Assalamualaikum semuaa..:)
  Sila jangan sentap bila baca tajuk entry ye kawan-kawan perempuan. Tajuk tu sebenarnya inspirasi dari ayat yang pensyarah subjek HRM(Human Resource Management) aku bagi.
   Alkisahnya, pensyarah aku ni dia berkongsi info dari apa yang dia baca, dan hari tu dia kata yang masa kita tidur, ada tiga lingkaran yang dibuat oleh syaitan. So, untuk rungkaikan lingakaran tu, kita perlu baca doa bangun tidur,buat solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh. Masa tu lah dia tanya,macam mana doa bangun tidur. Dan suara yang berbunyi tu sangaat perlahan.So, dia kata "Macam mana kamu ni,nak mintak hantaran mahal-mahal, doa bangun tidur pon tak ingat." Sentap. Dan antara golongan yang sentap 2 saat tu adalah aku.Tapi betul la apa yang dia bagitau. Doa-doa basic tu memang kita patut tahu pon kan? Take it in a good way. Kalau dia tak bagitau macam tu, aku tentu tak terfikir pasal benda ni.So,thank you Doctor. Balik tu terus cari Encik Google dan cari doa bangun tidur. Terus hafal. Ni doanya bagi yang tak berapa nak ingat.

                                                            Doa Bangun Tidur
 

                      
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali


Doa lain Insyaallah on the way. Dalam proses nak hafal balik. Dulu masa kecik-kecik, dok hafal, tapi sebab kita tak amalkan benda tu, terus lupa. Betul la orang cakap, ilmu ni kita kena praktikkan supaya tak lupa. Kalau ada antara kawan-kawan yang lupa doa-doa, korang boleh ja tanya dengan Encik Google. Tapi kena la berhati-hati kan, sebab ustazah aku dulu ada bagitau yang dalam Internet ni ada doa yang salah tanda bacaannya. Kalau aku,aku refer kat sini. Insyaallah betul..:)
                                 http://doaharian.blogspot.com/

Tu jelah kot nak kongsi kali ni.Thanks for reading this entry peeps..:)