Saturday 23 February 2013

Maggi Kari Ketam

Assalamualaikum semua..

Hari ni berpeluang buat maggi kari ketam sebab Abah beli ketam. Bukan setakat ketam ja, semua benda yang aku nak makan dia beli. Lompat tikam,tembikai dan barang untuk umi buat spaghetti. Sweet kan abah saya? Ni sebab aku dah nak balik UiTM terchentaa jumaat ni. Sem baru dah nak start...Wuuwuwuwuwu...Okay jom sambung.
 So, jom tengok gambar maggi ketam yang aku buat guna resepi sendiri. Roll down...;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So, mengancam tak nampak? Ketam tak nampak sangat sebab ada kat bawah maggi..


Resepi? Boleh boleh boleh..Jom tengok.

Maggi Kari Ketam(1 seorang makan)
1 paket Maggi Kari(boleh ja nak guna instant noodle jenama lain)
Ketam(banyak mana korang nak)
Carrot
Kubis
Sayur Sawi
Taugeh
Bawang putih dan Merah yang dicencang halus
Cili padi( dihiris halus)
Sebiji telur
Segala jenis bebola yang anda suka( bebola ketam,bebola ayam or anything else)

1. Rebus ketam. Asingkan ketam dan air rebusan ketam selepas ketam masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.
3. Bila tumisan dah berbau wangi masukkan air rebusan ketam( masukkan air rebusan  sama banyak macam masak maggi biasa)
4. Masukkan perencah Maggi dan kacau sekata. Masukkan ketam dan bebola.
5. Bila dah mendidih, masukkan maggi, telur, sayuran(kecuali taugeh) dan juga ketam yang direbus.
6. bila mee maggi dah lembut angkatkan dan letak dalam pinggan.
7. Taburkan taugeh dan bawang goreng.
8. Siap dimakan.

*Umi, Abah dan adik-adik kata sedap, so try la..:)

No comments:

Post a Comment