Tuesday 26 August 2014

Resepi Kek Tiramisu

Assalamualaikum and hello peeps.

 Hari ni nak kongsi satu lagi resepi best dan mudah. Resepi kek tiramisu ni memang selalu buat sebab mudah dan sedap. Setiap kali cuti kalau ada barang mesti buat. Barang yang nak digunakan pon sikit je. So, boleh sangat la kalau nak try tu. Jangan risau tak jadi sebab Insyaallah jadi punya. Aku selalu buat dan ada kawan umi yang dah pernah tempah(sekarang buat untuk family je).

        Sebelum layan resepi meh tengok gambar dulu.
Yang ni untuk kawan umi masa dia tempah dulu. Yang tulisan tu aku taip kat words dan print. Bila nak tabur coklat letak kertas dan baru tabur coklat. Pastikan kek tu dah sejuk masa ni,kalau tak krim akan melekat dekat kek

Yang ni untuk rumah. Biasa je tapi still sedap.

OKay, gambar dah tengok jom tengok resepi pulak. Sebelum tu,terima kasih banyak-banyak kat tuan punya resepi sebab sanggup share resepi dan bagi ilmu untuk beginner macam aku ni*senyum ikhlas.
Oh yeee, kalau nak tengok step by step sila ke SINI 

Resepi Kek Tiramisu
Sumber: umi_e (Myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi(aku skip sebab tak suka nescaffe or kopi)
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Sunday 24 August 2014

Resepi Mexican Bun

Assalamualaikum and hello peeps..

Hah..amek kau. dua entry satu malam. Ni sekarang nak kongsi resepi mexican bun ataupun rotiboy. Resepi aku ambil kat SINI. Roti lembut dan dia punya filling dan topping pon sedap. Kesimpulannya resepi ni best. Hehe.Dah  dua atau tiga kali buat dan Alhamdulillah tak pernah tak jadi. Ikut betul-betul step dan jangan gopoh. Terima kasih sangat-sangat dekat tuan punya resepi dan mintak share ye.
Ni tak silap gambar masa first time buat.
Okay ni resepi dia.:

Bahan-bahan ( 17 biji )

  • # Bahan untuk Inti #
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
  • # Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
  • 100 gram tepung serbaguna, diayak
  • # Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh) garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara

  1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

  3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
  4. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Resepi Roti


 Assalamualaikum and helloo peeps..*senyum kenyit mata sikit

       Okay, hari ni nak kongsi resepi roti pulak. Resepi ni sebenarnya untuk roti mexican bun ataupun lebih dikenali sebagai roti yang ala-ala rotiboy tu. Minggu lepas ada la buat roti mexican bun tu dan roti dia sangat la lembut dan gebuuss.. (itu yang penting). Resepi mexican bun nanti saya huplooad ye. Sebelum tengok resepi nie gambar roti yang dibuat
ngeh ngeh ngeh..ni dia rupa roti tu..ni first time buat
ni 2nd time. This one is more lembut kat atas dia sebab aku guna suhu tinggi sikit dan nampak lebih gebus.

Dah tengok gambar nie pulak resepi dia. Sumber kat  SINI ye. Nak buat resepi mexican bun pon  boleh refer link diatas.
Resepi Roti(Doh Manis)

  • Bahan untuk Doh Manis 
  • 500 gram tepung roti, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh) garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan
  • *aku tambah 1 sudu teh bread improver
Cara-cara
1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 60gram. Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
5.Bentukkan roti sesuka hati dan biarkan selama 45 minit sebelum di glis dan di bakar.

*sebab mixer aku yang kecik punya uli guna tangan je. lambat sikit tapi still jadi.
*Glis tu aku guna kuning telur+susu sikit..

Cara aku pintal roti tu boleh rujuk di SINI. Step by step dia tunjuk..Boleh la refer kat situ..

Friday 15 August 2014

Resepi Tofu Telur Homemade

                                           
(Gambar Insta aku)
Assalamualaikum and hello peeps..

Yesss...Akhirnya buat jugak tofu telur sendiri..Pada yang tak pernah makan tofu telur ni, rasa dia lain dari tofu biasa..aku tak suka sangat tofu biasa, tapi tofu telur ni masuk dalam list pebret. Ye laa, selalu beli kat kedai makan yang dah siap, lepas tu  pergi la cari benda tu kat pasaraya.
Bila jumpa tu nak nanges den tengok packaging dia...tulisan cina.. Lepas pada tu terus elak makan sebab tak tahu status halal ke tidak. Lepas tu baru la sibuk mengoogle resepi tofu ni. Eheeeekkk..ada pulaakk.. Suka kemain lagi hati ni. Tapi resepi dah lama simpan tapi minggu lepas baru buat.*sigh. Menjadi pulak tu..Suka betul hati kita ni. So, terima kasih kepada tuan blog yang tulis resepi nie..Mohon share ye...Serius sedap..:)

Resepi :Tofu Telur Homemade
Sumber: http://znurul.blogspot.com/2011/01/homemade-tauhu-telur.html
Bahan-bahan:
1 Cawan kacang soya (direndam dalam air selama 10 jam & buang kulitnya)
2 Cawan air
4 Sudu besar stok udang
1 Sudu kecil garam
5 Biji telur

Cara menyediakan:
1. Blend kacang soya dengan 2 cawan air.
2. Tapis dan masak air soya hingga mendidih, padamkan api.
3. Masukkan garam dan sejukkan air soya.
4. Sementara menunggu air soya sejuk, alaskan loyang dengan plastic wrapper.
5. Setelah air soya sejuk, masukkan telur, stok udang & pukul hingga sebati .

6. Masukkan adunan dalam loyang, tutup loyang dengan alumunim foil atau kain.
7. Kukus adunan selama 30 minit.
  * Cara aku.Skip no 6. Instead of guna loyang aku guna plastik aiskrim and ikat hujung dia macam kita buat aiskrim(ni sebab orang jual bentuk bulat, so aku yang nak nampak macam kat kedai guna cara ni. Kalau guna cara ni tak payah tutup loyang dah.:)


                            
Disebabkan guna plastik aiskrim ada jugak kawan ingat benda ni aiskrim..:3

TIPS:
-----> Stok udang: Beberapa ekor udang disiang dan dibersihkan tapi jangan buang kepalanya, direbus dengan sedikit air boleh dijadikan sebagai stok.
-----> Selain stok udang, boleh digantikan dengan stok pati ayam @ ikan bilis, tetapi sukatannya Cuma 1 sudu kecil
-----> Air untuk mengukus hendaklah di didihkan pada api yang kuat dan ditukarkan pada api yang paling perlahan ketika hendak mengukus adunan. Jika adunan dikukus pada api yang terlalu kuat, tekstur tofu akan tidak akan licin (gelembung dan berbuih).
-----> Resepi ni, lebih rasa soya dari telur jadi bagi yang suka pada rasa lebih telur, boleh tambahkan lagi sebiji telur.
-----> Tekstur tofu mengikut resepi ni adalah lembut, jika inginkan tofu yang bertekstur tidak mudah hancur, tambahkan 1 sudu besar tepung jagung pada adunan.
-----> Pastikan telur dibuang pusatnya dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam adunan, tujuannya supaya tofu tidak berbau hanyir dan tekstur tofu licin.
-----> Loyang perlu dialas dengan plastik wrapper untuk mengelakkan tofu melekat pada loyang.