Friday 30 August 2013

Resepi Biskut Mama Carries

Assalamualaikum and hello peoples..:)
Hari ni nak kongsi resepi Mama Carries. Biskut ni buat semalam untuk menghabiskan barang-barang  yang umi beli hari tu. So, google-goggle jumpa la resepi ni dekat  sini http://www.myresep.com/top/detail/3039 .
 Resepi dia best whoaaa..Aku buat bentuk apple. Tengok bawah. hehehe...
 
Sila abaikan rupa biskut yang tak berapa cantik tu.Aku malas nak buat corak-corak so buat macam ni je. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan caranya. Tuan punya resepi, saya mintak copy ek(senyuuummm).

Sumber:Lilydvalley

Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Ni tips aku: Untuk topping dia kat atas tu, putar putih telur sampai jadi meringue(bila diterbalikkan, putih telur tu tak jatuh, warna dia putih berkilat okay. Amaran:Barang-barang yang digunakan mestilah BERSIH,KERING dan TIDAK BERMINYAK. Jangan bagi kuning telur masuk kedalam adunan putih telur WALAUPUN SETITIK. Kalau tak,tak jadi. Kang ada pulak yang complain dia jadi cair la. Ikut step betul betul kalau nak biskut tu jadi. Sukatan pon kena tepat. So, that's all for this entry. Check it out. Assalamualaikum.:)

2 comments:

  1. piqahhhh! aku nak try buat.. haha. seriusly nampak macam sedap n menarik. hehe. tq syer. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...thaaankkss puji..rasa mcm tgh terbang sat.eekeke...try laa...Insyaallah jadi aiihhh..:)

      Delete