Saturday 11 October 2014

Resepi Kek Pandan Chiffon

Assalamualaikum and hellooo..:)

 Malam a.k.a pagi-pagi buta nie, nak share satu lagi resepi.. Kek pandan chiffon. Kek ni lembut dan yang penting tak menggunakan santan. Mostly kek chiffon menggunakan santan dan disebabkan saya kekurangan stok santan(sebab umi masak masak lomak cili padi), dengan sedaya upanya saya mencari resepi kek chiffon yang menggunakan susu cair. Hehe.. Ovallete pulak dah habis..Kalau tak boleh buat kek span pandan.. Tak payah nak buat meringue. Okay, da panjang membebel, jom tengok gambar dulu

                               gambar macam biasa, dari insta sendiri..:)
Ni kek ni tak potong lagi,tapi don't worry, memang best..:)  resepi sebenarnya kek chiffon keladi(dah buat tapi tak ingat nak ambil gambar), tapi untuk kat rumah buat versi pandan. Maaf ye tuan resepi, patik menderhaka resepi tuan hamba.Hehehe.. So, jom tengok resepi jom.
 
              Sumber:  http://yatiememories.blogspot.com/2012/03/kek-chiffon-keladi.html

Bahan A
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan minyak Mazola
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perisa keladi (saya guna pes pandan)
  • sedikit pewarna purple( saya guna pewarna hijau)
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak (saya gunakan tepung naik sendiri)
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak
Cara-cara menyediakan Bahan (A):
  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
  2. Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)
Cara-cara menyediakan Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
  9. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan
Resepi ni best dan simple, cuma part leceh bila nak buat meringue. Bagi yang nak mencuba, selamat mencuba..:)

No comments:

Post a Comment