Friday, 15 August 2014

Resepi Tofu Telur Homemade

                                           
(Gambar Insta aku)
Assalamualaikum and hello peeps..

Yesss...Akhirnya buat jugak tofu telur sendiri..Pada yang tak pernah makan tofu telur ni, rasa dia lain dari tofu biasa..aku tak suka sangat tofu biasa, tapi tofu telur ni masuk dalam list pebret. Ye laa, selalu beli kat kedai makan yang dah siap, lepas tu  pergi la cari benda tu kat pasaraya.
Bila jumpa tu nak nanges den tengok packaging dia...tulisan cina.. Lepas pada tu terus elak makan sebab tak tahu status halal ke tidak. Lepas tu baru la sibuk mengoogle resepi tofu ni. Eheeeekkk..ada pulaakk.. Suka kemain lagi hati ni. Tapi resepi dah lama simpan tapi minggu lepas baru buat.*sigh. Menjadi pulak tu..Suka betul hati kita ni. So, terima kasih kepada tuan blog yang tulis resepi nie..Mohon share ye...Serius sedap..:)

Resepi :Tofu Telur Homemade
Sumber: http://znurul.blogspot.com/2011/01/homemade-tauhu-telur.html
Bahan-bahan:
1 Cawan kacang soya (direndam dalam air selama 10 jam & buang kulitnya)
2 Cawan air
4 Sudu besar stok udang
1 Sudu kecil garam
5 Biji telur

Cara menyediakan:
1. Blend kacang soya dengan 2 cawan air.
2. Tapis dan masak air soya hingga mendidih, padamkan api.
3. Masukkan garam dan sejukkan air soya.
4. Sementara menunggu air soya sejuk, alaskan loyang dengan plastic wrapper.
5. Setelah air soya sejuk, masukkan telur, stok udang & pukul hingga sebati .

6. Masukkan adunan dalam loyang, tutup loyang dengan alumunim foil atau kain.
7. Kukus adunan selama 30 minit.
  * Cara aku.Skip no 6. Instead of guna loyang aku guna plastik aiskrim and ikat hujung dia macam kita buat aiskrim(ni sebab orang jual bentuk bulat, so aku yang nak nampak macam kat kedai guna cara ni. Kalau guna cara ni tak payah tutup loyang dah.:)


                            
Disebabkan guna plastik aiskrim ada jugak kawan ingat benda ni aiskrim..:3

TIPS:
-----> Stok udang: Beberapa ekor udang disiang dan dibersihkan tapi jangan buang kepalanya, direbus dengan sedikit air boleh dijadikan sebagai stok.
-----> Selain stok udang, boleh digantikan dengan stok pati ayam @ ikan bilis, tetapi sukatannya Cuma 1 sudu kecil
-----> Air untuk mengukus hendaklah di didihkan pada api yang kuat dan ditukarkan pada api yang paling perlahan ketika hendak mengukus adunan. Jika adunan dikukus pada api yang terlalu kuat, tekstur tofu akan tidak akan licin (gelembung dan berbuih).
-----> Resepi ni, lebih rasa soya dari telur jadi bagi yang suka pada rasa lebih telur, boleh tambahkan lagi sebiji telur.
-----> Tekstur tofu mengikut resepi ni adalah lembut, jika inginkan tofu yang bertekstur tidak mudah hancur, tambahkan 1 sudu besar tepung jagung pada adunan.
-----> Pastikan telur dibuang pusatnya dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam adunan, tujuannya supaya tofu tidak berbau hanyir dan tekstur tofu licin.
-----> Loyang perlu dialas dengan plastik wrapper untuk mengelakkan tofu melekat pada loyang.

5 comments:

  1. Assalamualaikum, wah...saya pun peminat tofu telur. Terima kasih share recipe. Nak tanya, stok udang tu guna udang saiz besar ke kecik ka sederhana? Lagi satu, kulit udang buang tinggal kepala ja ka? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna udang saiz sederhana n rebus bersama kulit udang...:)
      cuba lah..lebih terjamin dari segi kebersihan dan sudah tentu semestinya halal..:)

      Delete
  2. Sy pun suka tofu telur.. Tp selalu kat kedai ada produk non muslim.. Ragu2 jugak kan. Lepas ni bleh la buat sendiri

    ReplyDelete
  3. nk tanya, mmg rasanya dan teksturnya sama mcm yg dijual di pasaraya ye?

    ReplyDelete
  4. guna telur putih sahaja ke tuan atau sekali dengan telur kuning

    ReplyDelete