Saturday 11 October 2014

Resepi Pai Ayam

Assalamualaikum and hello..:)
 Hari ni nak kongsi resepi pai ayam yang best daripada Majalah Rasa edisi Oktober 2008. Resepi ni dah banyak kali guna dan menjadi. Rasa dia sedap dan yang penting kalau ada lebih isi pai boleh dimakan dengan pasta.. Sebelum share resepi, ni gambar yang saya buat hari ni.



sumber:instagram sendiri... miss_piqah(kalau rajin follow le..heheh)

nie bentuk karipap


nie gambar lama..lebihan tu kita makan dengan spaghetti..:)

So, dah tengok gambar, jom tengok resepi pai ayam.

Bahan: Kulit/Crust
200g marjerin
2 biji kuning telur
450g tepung gandum
1/2 sudu teh garam
6 sudu teh air sejuk

Bahan:Inti
300g isi ayam(dipotong dadu dan gorengTak payah lumur garam or kunyit. Goreng macam tu je)
500ml susu segar
1 sudu teh lada hitam(saya guna 2 sudu teh)
100gram bawang besar
2 sudu makan tepung gandum
2 helai daun salam(saya gantikan dengan daun calery)
1 tin cendawan butang (tak letak sebab takde stok)
garam secukup rasa

Cara:
1.Untuk mmbuat kulit pai,pukul marjerin dengan kuning telur sehingga kembang.
2. Masukkan tepung dan garam. Uli doh sehingga lembut.
3.Masukkan air sekiranya perlu.(Saya memang tambah). Bungkus dan rehatkan selama 30 minit.
4. Kemudian canai dan letakkan ke dalam acuan.Bakar sehingga kekuningan. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu. Ketepikan
5. Untuk inti,panaskan minyak dan tumis bawang( saya masukkan batang calery terus bersama bawang). Tumis sehingga wangi.
6. Masukkan cendawan dan tepung. Gaul rata.
7. Masukkan susu segar dan garam secukup rasa. Perlahan api dan kacau sehingga pekat.
8. Masukkan isi ayam yang telah digoreng, daun salam(sekiranya ada) dan lada hitam serta gaul sehingga rata.
9. Masukkan inti kedalam pastri yang telah dibakar dan tutup permukaan pasti dengan satu lagi lapisan pastri(saya buat bentuk seperti gambar pertama).
10. Sapukan telur dan bakar pada 180'C sehingga kekuningan dan masak.

Tips: Untuk memudahkan kerja better buat inti dulu sebelum buat kulit pai. Untuk permukaan pai boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing. Bentuk pai pon boleh diubah. Seperti saya, saya juga membuat bentuk seperti karipap sebab malas nak menunggu.hehe.. Oh ye..inti tu makan dengan garlic bread ataupun roti biasa pon best jugak..Selamat mencuba...:)
                           

                                          
                                         Nie la calery yang dimaksudkan..:)


No comments:

Post a Comment