Hari ni nak share resepi yang sebenarnya pakai buat je guna bahan yang ada kat rumah.
Kebetulan tengah bosan, dan bahan pula semua ada kat rumah, so terjadi lah projek mereka ni. Jom tengok gambar dulu yeeee...
Bebola daging....hehehehe
Nugger Ayam homemade
Gambar dah tengok,jom tengok resepi..:)
Resepi Bebola Daging/Breadcrumb
Bahan
1.Isi ayam/daging yg hancur(blend sendiri pon boleh.(Saya blend sendiri jer..)
2. lada hitam,lada sulah,jintan manis,jintan putih and garam(secukup rasa, bergantung kepada jumlah isi ayam/daging)
3.Breadcrumb/Serbuk Roti
Cara:
1.Isi ayam yang diblend ataupun yang readymade tu dicampur dengan semua rempah diatas sehingga sebati.
2. Setelah sebaati boleh buat bentuk yang disukai.
3. Celup ke dalam telur dan celup dengan serbuk roti.
4. Ulang langkah 3 sekali lagi.
5. Bebola daging dan nugget ayam sedia untuk digoreng.
6. Boleh dihidang bersama sos dan mayonis.
Resepi Breadcrumbs/Serbuk Roti
1. Beberapa keping roti dibakar dan diblend.
2. Selepas diblend sehingga hancur, bakar lagi selama 3 ke 5 minit.( Breadcrumb ni warna putih bukannya berwarna keemasan seperti dikedai)
amboih chef afiqah... =)
ReplyDeletehahaha.....awat penulis zana??;)
ReplyDelete