Friday, 30 August 2013

Resepi Biskut Mama Carries

Assalamualaikum and hello peoples..:)
Hari ni nak kongsi resepi Mama Carries. Biskut ni buat semalam untuk menghabiskan barang-barang  yang umi beli hari tu. So, google-goggle jumpa la resepi ni dekat  sini http://www.myresep.com/top/detail/3039 .
 Resepi dia best whoaaa..Aku buat bentuk apple. Tengok bawah. hehehe...
 
Sila abaikan rupa biskut yang tak berapa cantik tu.Aku malas nak buat corak-corak so buat macam ni je. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan caranya. Tuan punya resepi, saya mintak copy ek(senyuuummm).

Sumber:Lilydvalley

Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Ni tips aku: Untuk topping dia kat atas tu, putar putih telur sampai jadi meringue(bila diterbalikkan, putih telur tu tak jatuh, warna dia putih berkilat okay. Amaran:Barang-barang yang digunakan mestilah BERSIH,KERING dan TIDAK BERMINYAK. Jangan bagi kuning telur masuk kedalam adunan putih telur WALAUPUN SETITIK. Kalau tak,tak jadi. Kang ada pulak yang complain dia jadi cair la. Ikut step betul betul kalau nak biskut tu jadi. Sukatan pon kena tepat. So, that's all for this entry. Check it out. Assalamualaikum.:)

Wednesday, 28 August 2013

Resepi Kek Coklat

Assalamualaikum and hello peoples..:)
Hari ni nak kongsi satu resepi kek coklat. Aku ambil resepi ni dalam majalah Masakan kat rumah. Resepi ni aku dah guna since I'm 12 years old(jangan buat muka terkejut. Memang aku start buat kek masa umur 12 tahun okay) dan tak pernah buat aku kecewa. Senang dan sedap. Cara pulak ikut keselesaan masing-masing. Kalau nak kukus boleh, nak bakar boleh. tapi aku lebih prefer bakar sebab masa yang diambil tu tak banyak dan sebab aku ni jenis yang malas. hehehe.. So, without wasting your and my time, jom tengok barang-barang yang diperlukan dan caranya.
Bahan-Bahan
125g Butter
1 1/4 cawan gula halus
1sudu kecil essen vanilla
3 biji telur(asing putih dan kuning)
1/3 cawan air
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan serbuk koko
Cara-Cara
1. Griskan loyang pembakar dengan marjerin dan tepung.
 2.Masukkan butter,gula halus dan essen vanilla ke dalam bekas. Putar sehingga kembang.
3.Masukkan kuning telur dan putar hingga kembang.
4. Masukkan air,tepung naik sendiri,tepung gandum,susu cair dan serbuk koko. Putar sehingga sebati.
5. Didalam bekas yang berasingan, putar putih telur telur sehingga berbuih dan masukkan ke dalam adunan kek. Putar sehingga sebati.
5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150 celcius sampai masak.

     Okay,untuk topping coklat tu pulak, aku just ambil 2 sudu besar koko dan campur dengan susu pekat. Korang boleh adjust tahap kepekatan dia tu.. Yang kat bawah ni versi cair sikit topping kat atas tuu..:)
Pada yang nak cuba buat kek tu, try la buat. hehehe.. Oh yeahhh, cawan tu aku guna cawan yang muat 200ml air . Jangan pula korang guna cawan yang besau gedabak. Kang fail,salahkan aku pulak. NO no nooo..                                       
                                           
                               

That's all for this entry.Check It Out and Assalamualaikum.