Hari ni nak kongsi satu lagi resepi best dan mudah. Resepi kek tiramisu ni memang selalu buat sebab mudah dan sedap. Setiap kali cuti kalau ada barang mesti buat. Barang yang nak digunakan pon sikit je. So, boleh sangat la kalau nak try tu. Jangan risau tak jadi sebab Insyaallah jadi punya. Aku selalu buat dan ada kawan umi yang dah pernah tempah(sekarang buat untuk family je).
Sebelum layan resepi meh tengok gambar dulu.
Yang ni untuk kawan umi masa dia tempah dulu. Yang tulisan tu aku taip kat words dan print. Bila nak tabur coklat letak kertas dan baru tabur coklat. Pastikan kek tu dah sejuk masa ni,kalau tak krim akan melekat dekat kek
Yang ni untuk rumah. Biasa je tapi still sedap.
OKay, gambar dah tengok jom tengok resepi pulak. Sebelum tu,terima kasih banyak-banyak kat tuan punya resepi sebab sanggup share resepi dan bagi ilmu untuk beginner macam aku ni*senyum ikhlas.
Oh yeee, kalau nak tengok step by step sila ke SINI
Resepi Kek Tiramisu
Sumber: umi_e (Myresepi.com)
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek
- 250ml whipping cream
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi(aku skip sebab tak suka nescaffe or kopi)
- Satukan gula, cheese dan cream
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
- Potong kek pada 3 bahagian
- Susun 1 bahagian dalam bekas
- Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
- Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
- Susun lagi bahagian yang selebihnya
- Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...