Tuesday, 11 February 2014

Picnic di Pantai Seri Tujuh

Assalamualaikum and hellooo..

Sekarang neh tengah cuti semester dan bukak sem depan dah masuk sem 4. Cepat betul masa berlalu. Dari zaman sekolah dulu sampai sekarang ni.Macam tak percaya pulak tahun ni umur dah 21(waaaaaa, menangis sambil lap hingus)

So, cuti sem ni Alhamdulillah sempat jumpa kawan-kawan from sekolah menengah.  Bila jumpa tu memang bising dan kecoh(terutamanya aku le). So, gambar-gambar kat bawah ni masa jumpa kat Pantai Seri Tujuh/Gambar-gambar ni kredit to Siti Nur Ain a.k.a toin. hehehe..

Tapi picnic ni memang budak-budak perempuan je la yang ada..apa orang sekarang kata "Ladies Day". Haaa,benda tu la.Okaay, so tema picnic ni ialah potluck. Hah, siap ada tema lagik uoolss..:)


    Let me introduce the members of the picnic event(ayat macam grand gitu)
dari kiri:Mirah,Lel,Cken,Muni,Me dan Toin.

Ni pulak makanan kitaorang ari tuh
3 jenis puding,donut ala-ala big apple,kek,keropok dan mihun goreng(sodaap).

Okay,members da tengok,makanan dah tengok sekarang cuci mata tengok gambar kitaorang le.hehehe






sodap makanan neehh..:)


ni pulak gambar masa dok mengayuh apa ntah nama benda nie.

Mirah and Me
cuba bayangkan aku yang pakai skirt tu dok kayuh benda nie.Habis basah kain sebab masuk air.Wuwuwuw


toin and lela in the boat..diaorang memang suka posing.


Muni and Cken yang tomeeii


Yang ni si ain sanggup pergi adjust phone letak atas helmet semata nak amek gambar bersama. Kreatip tak dia?

Ombak Rindu? Menjinak Ombak? Nope..Ombak Laut..:)


Selca gituu. 


sila abaikan muka aku -,-

Yup,kalau perasan kami beli corak yang sama. Kenangan la kononnya. Ni geng aku dari form 1 sampai sekarang. Yang tudung merah tu kenal dari sekolah rendah lagi.:)

love from us..auucchhh..

Well, that's all for this entry. Each pictures hold a memory that we want to cherish in the future. It has it's own sentimental value and that's why aku suka gambar. Haha..

               Okay peeps, that's all, Assalamualaikum and have a nice day.




Saturday, 8 February 2014

Resepi Kek Butter

Assalamualaikum and hello peoples..:)

WOw..Dah lama tak update blog ni.. Okaaayy.. straight to the point malam ni nak kongsi resepi kek butter. Resepi ni umi yang bagi untuk aku buat and this is her favourite cake. Resepi mudah,senang and sedap..:)
So, jom tengok barang-barang yang diperlukan.:)

Barang:
250g Butter
1sudu essen vanilla
4 biji gula gred A
200g gula(Kalau nak kurangkan manis boleh letak 180g)
200g tepung naik sendiri

Cara-cara
1.Pukul butter,essen vanilla dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul sehingga sebati dan kembang.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Bakar pada suhu 150'C selama sejam.(Ni bergantung pada oven masing-masing. Cucuk lidi kalau licin dah boleh angkat.

Oh ye,resepi ni sangat la mudah dan Insyaallah jadi dan sanggaat la sedap. Wa gerenti beb..:)

                                       
Ni dia kek butter tuu.

So, kalau teringin sila la buat..:)
That's all for this entry. Assalamualaikum and chiaaoowww..:)

Monday, 16 September 2013

People Do Change

People do change,
Some of them change to a better person,
Some of them change until you don't know them,
The term 'friends' that I thought actually are not the same as yours,
Can't you even said "I'm sorry" to cool me down,
From this sadness because of you,
Being pushed in a blink of eye,
Thanks...

Sunday, 1 September 2013

Resepi Kek Pandan Layer

Assalamualaikum and hello peoples..:)
 Hari ni nak kongsi satu lagi resepi.Kek ni buat semalam. Pada sesiapa yang dah pernah makan tu mesti tau rasa dia sedap dengan kastard pandan dan kek span pandan tu. Kek ni SERIUS sedap bila makan time dia sejuk. Gambar? Sat sat sat..Ada aihh.. Hangpa tengok bawah ni..

Maaf le, gambo ni tak nampak layer dia tu sebab kek pandan aku terlebih pewarna.

Okaaayy, untuk resepi kek span tu aku ambil dari myresepi. Hak milik Sweet4ever. Jom tengok resepi kek span pandan dia. Kek dia sedap,mudah dan yang penting bajet dia murah.hehehe..Kek ni korang boleh tukar jadi perisa strawberri ke, kek span vanilla ke, kek span nenas ke(aku guna essen nenas, sedap gak).  Kek ni jugak yang selalu aku buat untuk kek tiramisu tapi versi perisa vanilla la.Kek ni makan macam tu pon sedap. Jom tengok resepi dia. 

Sumber: sweet 4ever(Myresepi)

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • tepung super fine(aku guna tepung naik sendiri)- 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau 

Cara-cara

  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)

   Tips:Kalau nak tukar perasa tu air pandan boleh tukar pada air kosong atau air susu. Pastu campur perisa yang korang nak. Dan aku guna minyak je untuk kek ni sebab malas nak cairkan butter. Kek tu sejukkan dan potong kepada 2 atau 3 layer(ikut keselesaan).

 Ni pulak resepi kastard dia, aku ambil dari blog ni  SINI . Jom layan resepi kastard dia.
Bahan-bahan

Bahan A
500ml air pandan(kisar 5 helai daun pandan)
180g gula kastor
1 sudu besar serbuk agar-agar segera(aku guna agar2 tali. Dalam 6 urat camtu.Cairkan dalam periuk bersama 80 ml air sebelum dicampur kedalam Bahan A)

Bahan B
400ml santan pekat
85g tepung hong kwe(boleh ganti dengan tepung jagung kalau tiada)
1 sudu teh pewarna hijau epal
1/8 sudu teh garam halus(aku tak masukkan)

Cara-cara
1. Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
    Cara aku: Panaskan agar-agar tali dengan 80 ml air sehingga larut. Masukkan bahan A yang lain dan panaskan atas api sehingga gula larut.
2. Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan A, kacau di atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
3. Sediakan Loyang bulat 9" loose base tin (boleh ditanggalkan bawahnya) yang di basahkan terlebih dahulu. Masukkan satu lapisan kek span dan tuangkan 1/3 kastard pandan di atasnya hingga menutupi lubang di sekeliling loyang. Hentakkan loyang sedikit supaya kastard dapat sampai ke dasar loyang.
4. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi krim kastard. Buat hingga habis lapisan kek.
5. Hentakkan 2-3 kali loyang di atas meja supaya kastard padat ke bahagian bawahnya.
6. Biarkan kek sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
7. Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan taburan kelapa kering.

Tips:Kalau tak ada loyang loose tu don't worry. Boleh guna loyang biasa. Korang cuma perlu ratakan kastard pandan ni kat loyang sebelum letak lapisan kek yang pertama dan lapiskan seperti biasa.  Bila dah sejuk dan dikeluarkan dari peti sejuk, korang alukan hujung pisau kat tepi loyang dan terbalikkan.  Lepas tu boleh la hias dengan kelapa kering.Good Luck!!
That's all for this entry. Check it out and Assalamualaikum.


Friday, 30 August 2013

Resepi Biskut Mama Carries

Assalamualaikum and hello peoples..:)
Hari ni nak kongsi resepi Mama Carries. Biskut ni buat semalam untuk menghabiskan barang-barang  yang umi beli hari tu. So, google-goggle jumpa la resepi ni dekat  sini http://www.myresep.com/top/detail/3039 .
 Resepi dia best whoaaa..Aku buat bentuk apple. Tengok bawah. hehehe...
 
Sila abaikan rupa biskut yang tak berapa cantik tu.Aku malas nak buat corak-corak so buat macam ni je. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan caranya. Tuan punya resepi, saya mintak copy ek(senyuuummm).

Sumber:Lilydvalley

Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

Ni tips aku: Untuk topping dia kat atas tu, putar putih telur sampai jadi meringue(bila diterbalikkan, putih telur tu tak jatuh, warna dia putih berkilat okay. Amaran:Barang-barang yang digunakan mestilah BERSIH,KERING dan TIDAK BERMINYAK. Jangan bagi kuning telur masuk kedalam adunan putih telur WALAUPUN SETITIK. Kalau tak,tak jadi. Kang ada pulak yang complain dia jadi cair la. Ikut step betul betul kalau nak biskut tu jadi. Sukatan pon kena tepat. So, that's all for this entry. Check it out. Assalamualaikum.:)

Wednesday, 28 August 2013

Resepi Kek Coklat

Assalamualaikum and hello peoples..:)
Hari ni nak kongsi satu resepi kek coklat. Aku ambil resepi ni dalam majalah Masakan kat rumah. Resepi ni aku dah guna since I'm 12 years old(jangan buat muka terkejut. Memang aku start buat kek masa umur 12 tahun okay) dan tak pernah buat aku kecewa. Senang dan sedap. Cara pulak ikut keselesaan masing-masing. Kalau nak kukus boleh, nak bakar boleh. tapi aku lebih prefer bakar sebab masa yang diambil tu tak banyak dan sebab aku ni jenis yang malas. hehehe.. So, without wasting your and my time, jom tengok barang-barang yang diperlukan dan caranya.
Bahan-Bahan
125g Butter
1 1/4 cawan gula halus
1sudu kecil essen vanilla
3 biji telur(asing putih dan kuning)
1/3 cawan air
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan serbuk koko
Cara-Cara
1. Griskan loyang pembakar dengan marjerin dan tepung.
 2.Masukkan butter,gula halus dan essen vanilla ke dalam bekas. Putar sehingga kembang.
3.Masukkan kuning telur dan putar hingga kembang.
4. Masukkan air,tepung naik sendiri,tepung gandum,susu cair dan serbuk koko. Putar sehingga sebati.
5. Didalam bekas yang berasingan, putar putih telur telur sehingga berbuih dan masukkan ke dalam adunan kek. Putar sehingga sebati.
5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150 celcius sampai masak.

     Okay,untuk topping coklat tu pulak, aku just ambil 2 sudu besar koko dan campur dengan susu pekat. Korang boleh adjust tahap kepekatan dia tu.. Yang kat bawah ni versi cair sikit topping kat atas tuu..:)
Pada yang nak cuba buat kek tu, try la buat. hehehe.. Oh yeahhh, cawan tu aku guna cawan yang muat 200ml air . Jangan pula korang guna cawan yang besau gedabak. Kang fail,salahkan aku pulak. NO no nooo..                                       
                                           
                               

That's all for this entry.Check It Out and Assalamualaikum.


Tuesday, 9 April 2013

Nak Hantaran Mahal tapi?????

 Assalamualaikum semuaa..:)
  Sila jangan sentap bila baca tajuk entry ye kawan-kawan perempuan. Tajuk tu sebenarnya inspirasi dari ayat yang pensyarah subjek HRM(Human Resource Management) aku bagi.
   Alkisahnya, pensyarah aku ni dia berkongsi info dari apa yang dia baca, dan hari tu dia kata yang masa kita tidur, ada tiga lingkaran yang dibuat oleh syaitan. So, untuk rungkaikan lingakaran tu, kita perlu baca doa bangun tidur,buat solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh. Masa tu lah dia tanya,macam mana doa bangun tidur. Dan suara yang berbunyi tu sangaat perlahan.So, dia kata "Macam mana kamu ni,nak mintak hantaran mahal-mahal, doa bangun tidur pon tak ingat." Sentap. Dan antara golongan yang sentap 2 saat tu adalah aku.Tapi betul la apa yang dia bagitau. Doa-doa basic tu memang kita patut tahu pon kan? Take it in a good way. Kalau dia tak bagitau macam tu, aku tentu tak terfikir pasal benda ni.So,thank you Doctor. Balik tu terus cari Encik Google dan cari doa bangun tidur. Terus hafal. Ni doanya bagi yang tak berapa nak ingat.

                                                            Doa Bangun Tidur
 

                      
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali


Doa lain Insyaallah on the way. Dalam proses nak hafal balik. Dulu masa kecik-kecik, dok hafal, tapi sebab kita tak amalkan benda tu, terus lupa. Betul la orang cakap, ilmu ni kita kena praktikkan supaya tak lupa. Kalau ada antara kawan-kawan yang lupa doa-doa, korang boleh ja tanya dengan Encik Google. Tapi kena la berhati-hati kan, sebab ustazah aku dulu ada bagitau yang dalam Internet ni ada doa yang salah tanda bacaannya. Kalau aku,aku refer kat sini. Insyaallah betul..:)
                                 http://doaharian.blogspot.com/

Tu jelah kot nak kongsi kali ni.Thanks for reading this entry peeps..:)