Tuesday, 9 April 2013

Nak Hantaran Mahal tapi?????

 Assalamualaikum semuaa..:)
  Sila jangan sentap bila baca tajuk entry ye kawan-kawan perempuan. Tajuk tu sebenarnya inspirasi dari ayat yang pensyarah subjek HRM(Human Resource Management) aku bagi.
   Alkisahnya, pensyarah aku ni dia berkongsi info dari apa yang dia baca, dan hari tu dia kata yang masa kita tidur, ada tiga lingkaran yang dibuat oleh syaitan. So, untuk rungkaikan lingakaran tu, kita perlu baca doa bangun tidur,buat solat sunat sebelum Subuh dan solat Subuh. Masa tu lah dia tanya,macam mana doa bangun tidur. Dan suara yang berbunyi tu sangaat perlahan.So, dia kata "Macam mana kamu ni,nak mintak hantaran mahal-mahal, doa bangun tidur pon tak ingat." Sentap. Dan antara golongan yang sentap 2 saat tu adalah aku.Tapi betul la apa yang dia bagitau. Doa-doa basic tu memang kita patut tahu pon kan? Take it in a good way. Kalau dia tak bagitau macam tu, aku tentu tak terfikir pasal benda ni.So,thank you Doctor. Balik tu terus cari Encik Google dan cari doa bangun tidur. Terus hafal. Ni doanya bagi yang tak berapa nak ingat.

                                                            Doa Bangun Tidur
 

                      
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali


Doa lain Insyaallah on the way. Dalam proses nak hafal balik. Dulu masa kecik-kecik, dok hafal, tapi sebab kita tak amalkan benda tu, terus lupa. Betul la orang cakap, ilmu ni kita kena praktikkan supaya tak lupa. Kalau ada antara kawan-kawan yang lupa doa-doa, korang boleh ja tanya dengan Encik Google. Tapi kena la berhati-hati kan, sebab ustazah aku dulu ada bagitau yang dalam Internet ni ada doa yang salah tanda bacaannya. Kalau aku,aku refer kat sini. Insyaallah betul..:)
                                 http://doaharian.blogspot.com/

Tu jelah kot nak kongsi kali ni.Thanks for reading this entry peeps..:)

Saturday, 23 February 2013

Maggi Kari Ketam

Assalamualaikum semua..

Hari ni berpeluang buat maggi kari ketam sebab Abah beli ketam. Bukan setakat ketam ja, semua benda yang aku nak makan dia beli. Lompat tikam,tembikai dan barang untuk umi buat spaghetti. Sweet kan abah saya? Ni sebab aku dah nak balik UiTM terchentaa jumaat ni. Sem baru dah nak start...Wuuwuwuwuwu...Okay jom sambung.
 So, jom tengok gambar maggi ketam yang aku buat guna resepi sendiri. Roll down...;)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So, mengancam tak nampak? Ketam tak nampak sangat sebab ada kat bawah maggi..


Resepi? Boleh boleh boleh..Jom tengok.

Maggi Kari Ketam(1 seorang makan)
1 paket Maggi Kari(boleh ja nak guna instant noodle jenama lain)
Ketam(banyak mana korang nak)
Carrot
Kubis
Sayur Sawi
Taugeh
Bawang putih dan Merah yang dicencang halus
Cili padi( dihiris halus)
Sebiji telur
Segala jenis bebola yang anda suka( bebola ketam,bebola ayam or anything else)

1. Rebus ketam. Asingkan ketam dan air rebusan ketam selepas ketam masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.
3. Bila tumisan dah berbau wangi masukkan air rebusan ketam( masukkan air rebusan  sama banyak macam masak maggi biasa)
4. Masukkan perencah Maggi dan kacau sekata. Masukkan ketam dan bebola.
5. Bila dah mendidih, masukkan maggi, telur, sayuran(kecuali taugeh) dan juga ketam yang direbus.
6. bila mee maggi dah lembut angkatkan dan letak dalam pinggan.
7. Taburkan taugeh dan bawang goreng.
8. Siap dimakan.

*Umi, Abah dan adik-adik kata sedap, so try la..:)

Sunday, 17 February 2013

Thursday, 14 February 2013

Resepi Black and White Russian Cake

Assalamualaikum and helloooo..:)
 Nampak tajuk di atas kan? So,tanpa melengahkan masa jom tengok dulu gambar yang aku buat..:)

jeng jenggg..jadik tak?

Resepi dia aku ambil dekat blog-blog hasil bantuan Encik Google kita..Resepi untuk Choc Moist Cake ni aku ambil dekat blog akak ni, SINI. Akak, kalau baca ni, saya mintak halal copy paste resepi ni ek(senyum paling manis bagi kat akak).
 So, jom tengok resepi kek coklat moist ni. Resepi ni senang je.Insyaallah jadi kalau ikut betul-betul step dia.:)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dalam tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.


Okkaaay, tu untuk cake dia, frosting cheese  punya resepi pulak aku ambil dekat, SINI .
Korang boleh tengok cara step by step yang empunya blog ni buat(cepat tengok). Tuan blog airtanganku, saya mintak halal ek copy resepi akak kat blog saya kalau akak baca(senyum paling manis tuk akak jugak)..:)

Cream Cheese I 
500g cream cheese - sejuk( aku guna yang suhu bilik)
1/2 cawan mentega(tak tau banyak mana so letak dalam 50 gram ja)
2 cawan gula aising - ayak
1 sudu kecil vanilla extract

-  Pukul cream cheese yang masih sejuk dengan mentega hingga kembang.  Masukkan gula aising dan vanilla extract.  Pukul lagi hingga gebu.
-  Kalau tak cukup untuk layer dan frosting, boleh tambah lagi 1/2 adunan.  Untuk frosting, saya tambahkan sedikit whipping cream supaya lembut lagi


Chocolate Ganache versi diri sendiri(aku la tu)
5 sudu serbuk koko
Susu pekat(ikut suka)
 Cairkan secara double boiler. Adjust kepekatan ganache tu dengan susu pekat manis. 

Cara-cara untuk melayer kek biar jadi macam aku buat korang boleh refer link yang aku bagi kat atas tu. Sebab kat blog akak tu memang dia bagi step by step, so amat membantu bagi amatur macam aku ni. Thanks akak..:)
That's all for this entry, Adios..Assalamualaikum..:)

Sunday, 30 December 2012

Saya Blogger Dari Negeri Kelantan..:)

                                       Assalamualaikum and heellooo  uolss...:)
 

      Contest again from http://www.myoldcrumpleddiaries.blogspot.com/ .Dulu dia ada buat contest 1st giveaway. Sekarang ni dia buat contest pasal blogger dari negeri mana-mana. So, roll down to see the picture...:)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

  Saya Blogger dari negeri Kelantan(Ambo ore klate). I'm proud to be Kelantaneese and I'm sure others bloggers also feel the same way. Everybody  loves their own country right..:)
   Sekarang ni Kelantan tengah banjir, so harap-harap orang Kelantan yang tengah main banjir tu main elok-elok, jangan sampai lemas. Have fun la yang suka main banjir tu. Harap-harap banjir tak teruk. Rumah aku tak banjir. Yeaaay(melompat sambil buat gaya ultraman). Okay fine, tak kelakar. Aku ingat nak la post gambar banjir tahun ni tapi disebabkan sumber-sumber gambar(nak Google aku terkena angin M)  tu tak ada memandangkan aku tak balik masa study week ni, tak boleh la nak ambil gambar. 
So, jom join contest ni, syarat dia sangatttt senang.:)

                            So, syarat nak join contest ni ialah:
1. Buat satu entry dan copy pasta banner macam yang saya buat tu...:)
2.Tinggal link dkt komen box dia
3.Wajib balas visit bila org dah visit kita.
4. Well...ada hadia perfumeeee...I likeee..hahaha..:D
So, jom join contest ni ramai-ramai...:D

So, that's all for this entry kot..:)

                                       GOMO KLATE GOMO!!!


Saturday, 20 October 2012

GiveAway Blog

                                                 Assalamualaikum...
Chewahh...hahaha..Lama gila tak meng"update" blog ni.. Banyak gila sarang lebah di dinding-dinding blog ni Ada orang nak tolong kemaskan tak? Cerpen or novel  143??Cinta ke?? apa cita??Bila nak sambung???
 Jawapan saya:Errrrrrr......xde ilham la adik-adik, kakak-kakak. Lagi satu sebab dah mula belajar balik/ So sekarang dah start la segala kuliah,tutorial and even the test.Nanti ada masa Cik Qah sambung balik ek.
Kalau tak nak update cerita kenapa update blog ni?  Hehehehe....Jawapannya???Deng deng deng....
First GiveAway okay from the owner of the blog...:)

   Well, owner tuan blog tu is my lovely cute friend miss Amirah Ibrahimi Husaimi. If this is the First GiveAway event(event ke? Entah la orang panggil apa) for her, this is the first time I join this kind of contest. Sebelum ni tak pernah masuk contest macam ni. So, kepada owner of the blog of http://myoldcrumpleddiaries.blogspot.com/2012/10/1st-giveaway-by-me.html ni, pilih la saya jadi winner for this contest.Boleh?Hahahahaha. *tetiba kan*
   Cik Qah kenal Cik Mirah kita ni masa belajar Asasi Law dekat UiTM Merbok Kedah. Cik Mirah kita ni future lawyer okayyy(saya???Errrrr..Future wife boleh??)....... I wish the best for her as she always with me even though she is miles away from me. Sorry Mirah, aku guna bahasa English pulak. Sabaq jelah sayang ek. Hahahaha.
  Lagipon dia sentiasa ada dan setia mendengar luahan rasa hati Cik Qah.  Problem besau ke problem kecik ke, dia memang sentiasa ada dan tak pernah jemu dengar masalah saya. I really appreciate her for that reason. For me, she is one of the my precious friend.:)  
*bukan bodek ni mirah. Seriously tauuu*
  Buat entry ni teringat pulak zaman kat Merbok. Masa makan maggi sesama, masa ponteng event(ngan roomates) sesama, masa minum oligo(yana, dilla!!), dan bila kawan buat cerpen khas untuk saya(thanks a lot zana), masa stress sesama, dan lastly masa happy sesama. There are tons of memory in Merbok.  Kalau tulis kat sini memang 3 hari, 3 malam tak habis.

 Sekarang semua dah jauh berpisah, Different places,different classess, different feeling,different classmates and all of them are different la pendek kata. Tapi bila dah jauh macam ni yang bestnya akan buat kita sentiasa teringat memori lama(chewaaahhh, ayat macam apa)

   Errr, dah cukup la kot tulis untuk entry ni. Banyak sangat orang tak baca pulak...Lastly, I wish that each of my friends, where ever you are, I hope all of you will success in your life and don't ever forget me okay bebeh???
  
This is my big lovely family in Merbok.. Always miss them...:)
 

Tuesday, 8 November 2011

Moderate recipes..

    Assalamualaikum and hello.
Hari ni nak share resepi yang sebenarnya pakai buat je guna bahan yang ada kat rumah.
    Kebetulan tengah bosan, dan bahan pula semua ada kat rumah, so terjadi lah projek mereka ni. Jom tengok gambar dulu yeeee...



                  
                                              Bebola daging....hehehehe






                 

Nugger Ayam homemade










                                 

                 Gambar dah tengok,jom tengok resepi..:)

Resepi Bebola Daging/Breadcrumb


Bahan
1.Isi ayam/daging yg hancur(blend sendiri pon boleh.(Saya blend  sendiri jer..)
2. lada hitam,lada sulah,jintan manis,jintan putih and garam(secukup rasa, bergantung kepada jumlah isi ayam/daging)
3.Breadcrumb/Serbuk Roti
 Cara:
1.Isi ayam yang diblend ataupun yang readymade tu dicampur dengan semua rempah diatas sehingga sebati.
2. Setelah sebaati boleh buat bentuk yang disukai.
3. Celup ke dalam telur dan celup dengan serbuk roti.
4. Ulang langkah 3 sekali lagi.
5. Bebola daging dan nugget ayam sedia untuk digoreng.
6. Boleh dihidang bersama sos dan mayonis.

Resepi Breadcrumbs/Serbuk Roti
1. Beberapa keping roti dibakar dan diblend. 
2. Selepas diblend sehingga hancur, bakar lagi selama 3 ke 5 minit.( Breadcrumb ni warna putih bukannya berwarna keemasan seperti dikedai)